Terdapat banyak sebab berbeza mengapa sesetengah orang mahu menambah berat badan. Penting untuk difahami mengapa berat badan anda kurang sebelum anda mula menambah berat badan. Memandangkan terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu kurang berat badan, anda perlu tahu apakah sebab anda yang tersendiri. Anda mungkin mahu bercakap dengan doktor anda untuk melihat jika anda benar-benar berada di bawah berat badan ideal untuk jenis tubuh anda atau anda mempunyai imej tubuh yang kurang baik yang memberi kesan kepada pandangan anda terhadap tubuh anda sendiri.
Remaja lelaki dan perempuan mungkin mahu menambah berat badan kerana mereka fikir mereka lebih kecil daripada teman-teman seusia. Banyak kanak-kanak yang agak kurus sehingga mereka mencapai usia akil baligh yang mana berat badan mereka mula bertambah dan susuk tubuh mereka mula meningkat. Bagi remaja lelaki, akil baligh membawa bukan sahaja berat badan malah juga peningkatan susuk tubuh apabila bahu mereka menjadi bidang dan jisim otot bertambah. Jika anda mempunyai anak yang terlampau kurus bagi usianya, menambah berat mungkin isu besar bagi keluarga anda. Pastikan yang anak anda diberi makanan yang sihat yang diimbangkan dengan kedua-dua protein dan karbohidrat.
Satu lagi perkara yang menyebabkan orang mahu menambahkan berat badan mereka ialah mereka kurang berpuas hati dengan imej tubuh mereka. Mereka yang sangat kurus mungkin berpendapat mereka nampak lebih baik jika tubuh mereka lebih besar. Selalunya mereka ini mempunyai kadar metabolisma tinggi dan tidak kira apa yang mereka makan mereka sukar menambah berat badan.
Atlet mungkin mahu menambah berat badan dan membina otot supaya mereka dapat memberikan prestasi lebih baik dalam pertandingan. Semua sebab di atas adalah sebab yang baik dan sesuai untuk menambah berat badan. Yang perlu kita ingat ialah untuk menambah berat badan dengan memakan diet yang sihat serta rancangan pemakanan yang seimbang.
==============================================================


No comments:
Post a Comment