Jika anda mahu menambah berat badan, terdapat banyak cara untuk menambah kalori dan protein dalam diet anda tanpa menambah lemak. Menambah terlalu banyak lemak ke dalam diet anda hanya akan menyebabkan anda menambah lemak badan. Menambah berat sihat bermaksud menambah otot kepada badan. Walaupun anda mengamalkan pengambilan diet yang kaya dengan kalori anda masih perlu memakan makan yang sihat seperti bijirin, buah-buahan, karbohidrat tidak bertapis dan sayur-sayuran. Protein yang anda patut makan adalah makanan protein tanpa lemak seperti ikan, dada ayam tanpa kulit, putih telur, produk susu skim dan kekacang.
Cubalah elak memakan lemak tepu. Walaupun semua jenis lemak mempunyai jumlah kalori yang sama, lemak tepu akan menaikkan tahap kolesterol anda. Lemak tepu yang anda patut elakkan termasuk makanan diproses seperti makanan ringan, sosej, potongan daging yang tinggi lemak, bakon, produk susu penuh, mentega dan krim masam. Makanan yang tinggi lemak mengandungi lebih banyak kalori berbanding sebarang kumpulan makanan lain, sehingga sebanyak 45 kalori setiap satu sudu teh. Dengan menambah lemak yang sihat ke dalam diet anda, anda boleh mendapat lebih banyak kalori setiap hari tanpa mengambil lemak tepu. Lemak sihat yang anda patut makan termasuk minyak zaitun, minyak canola, marjerin dengan asid lemak trans, avokado dan mentega kacang yang tiada sebarang bahan tambahan seperti gula dan minyak.
Terdapat penokok diet yang anda boleh tambah ke dalam diet anda yang sihat dan selamat. Kedua-dua Ensure dan Boost adalah pilihan yang baik apabila anda mahu memakan snek ringkas di antara hidangan. Penokok diet cecair biasanya diambil oleh mereka yang telah kehilangan banyak berat badan selepas sembuh dari penyakit atau apabila pemulihan dari pembedahan dan telah kehilangan selera makan.
Sebahagian besar rancangan pemakanan anda apabila anda mencuba menambah berat badan adalah memakan snek. Pilihlah snek yang tinggi kalori tetapi rendah lemak. Pilihan snek yang baik adalah ais krim rendah lemak, buah-buahan kering, yogurt dengan penambahan granola, biskut dengan keju rendah lemak, dan trail mix. Untuk minuman pula, anda patut memilih jus buah-buahan tulen seperti epal, oren, nanas dan kranberi. Elakkan meminum minuman ringan yang mengandungi kandungan gula tinggi tetapi kurang khasiat pemakanan.
Dengan memfokuskan tabiat pemakanan dan pengambilan lebih kalori setiap hari anda sepatutnya sudah mula nampak penambahan berat badan. Pastikan anda menggabungkan senaman dan latihan berat bersama rancangan pemakanan baru anda supaya anda mendapat berat otot dan bukan berat lemak.



